Adakah Emas Masih Menguat Pada Minggu ini
Fundamental : Emas kekal didagangkan lebih tinggi pada Jumaat lalu, disokong oleh jangkaan pasaran untuk kenaikan kadar faedah yang lebih kecil oleh Federal Reserve (Fed).
Namun dengan dagangan US dolar yang kekal rendah, emas memanfaatkan peluang ini untuk terus didagangankan lebih tinggi.
Selain itu, emas terut mendapat dukungan daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan kadar faedah yang lebih rendah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi Disember.
Ini susulan minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada awal pagi Khamis lalu, di mana para penggubal dasar menyatakan adalah wajar untuk memperlahankan kadar kenaikan dalam kadar faedahnya untuk mengukur kesan ekonomi daripada langkah agresifnya tahun ini.
XAUUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara menuju Support terdekat 1743.50 - 1741.30 Dan di jangka akan membuat kenaikan secara berperingkat mencari Resistance terdekat 1750.60, Jika harga semasa berjaya menembusi Resistance tersebut maka harga semasa akan membuat kenaikan lagi untuk menguji paras Resistance seterusnya 1757.00.