AUD/CHF masih gagal melepasi rintangan 0.63800 - 25-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUD/CHF masih lagi gagal untuk melepasi rintangan kukuh bulanan yang berada disekitar paras 0.63800. Harga semasa pada minggu lepas bergerak dalam keadaan mendatar semenjak permulaan minggu selepas berjaya membuat pelanggaran terhadap garis trend yang membentuk corak segitiga kenaikan harga. Jadi buat masa sekarang ini, kami mencadangkan anda untuk terus memerhatikan pasangan matawang ini sehingga momentum sebenar ditunjukkan. Kami ingin ingatkan kepada anda, jika harga semasa berjaya membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh harian disekitar paras 0.63800, maka harga semasa akan membuat kenaikan. Sasaran kita masih kekal di zon psikologi rintangan disekitar paras 0.65977. Sebaliknya, jika harga semasa masih gagal, harga semasa akan membuat penurunan ke arah bawah.
Signal untuk hari ini
Buy stop @0.63800
Sl: 0.60854
Tp: 0.65977