AUD/CHF membuat junaman. Mencari sokongan utama mingguan - 01-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUD/CHF sekarang ini membuat penurunan yang sangat ketara 30 April yang lalu. Junaman mengejut ini telah menyebabkan harga semasa membuat pelanggaran terhadap kesemua indikator EMA yang membentuk sokongan padu sebelum ini. Oleh itu, kami mencadangkan penurunan seterusnya akan berlaku pada hari ini dengan sasaran utamanya berada pada paras 0.61130. Namun, sebelum membuat pergerakan ke arah sokongan utama, harga semasa perlu lah membuat pelanggaran terhadap paras sokongan terdekat 0.61986 terlebih dahulu. Membuat pelanggaran pada paras sokongan tersebut akan mengesahkan analisis kita pada hari ini.
Signal hari ini
Sell stop @0.61986
Sl: 0.62579
Tp: 0.61130