AUD/NZD dijangka meneruskan kenaikan semasa - 23-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUD/NZD di lihat masih lagi akan cuba meneruskan trend kenaikan atau Bullish memandangkan penutupan Candle Bullish yang kukuh pada semalam. Harga semasa semalam telah berjaya membuat pelanggaran terhadap paras rintangan di paras 1.05998 iaitu harga tertinggi pada minggu lalu. Oleh itu, kenaikan yang dijangka pada hari ini boleh dicapai dengan mudah. Namun begitu, bagi mengesahkan kenaikan yang berlaku pada hari ini, harga semasa perlu melalui satu ujian terhadap rintangan kukuh yang di wakili oleh paras rintangan kukuh 1.06660. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan tersebut akan memberi tenaga kepada harga semasa untuk membuat kenaikan ke arah atas dan mensasarkan paras rintangan utama mingguan yang berada di paras 1.08184.
Signal untuk hari ini
Buy stop @1.06660
Sl: 1.05208
Tp: 1.08184