AUD/NZD kembali menyentuh pembukaan gap isnin - 18-02-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUD/NZD pada hari ini menunjukkan bahawa harga semasa telah pun membuat penutupan pembukaan gap pada hari isnin yang lalu. Harga semasa sekarang ini sedang cuba untuk membuat penurunan dan menguji semula paras sokongan tersebut namun masih gagal untuk membuat pelanggaran terhadapnya. Trend semasa masih mencadangkan penurunan boleh berlaku pada hari ini. Oleh itu, saya mencadangkan untuk memfokuskan posisi Sell saya dan mensasarkan paras sokongan terdekat di paras 1.04048 sebagai kawasan keuntungan saya. Indikator EMA masih menyokong penurunan harga semasa pada hari ini.
Signal untuk hari ini
Sell 1.04285
Sl: 1.04420
Tp: 1.04048