AUDCAD : Akan cuba menguji EMA200 - 03-10-2019
Pasangan matawang AUDCAD untuk analisa hari ini menunjukkan keinginan harga semasa untuk membuat kenaikan ke arah rintangan kukuh diparas 0.90040 yang mana buat amsa sekarang ini diwakili oleh EMA200.Walaupun tekanan bearish masih lagi menguasai pasaran ketika ini,saya mendapati momentum bullish sudah pun memenuhi pasaran dengan kenaikan sebanyak 0.3% iaitu sekitar 113pips semenjak selasa lalu.Oleh itu saya menjangkakan kenaikan pada minggu ini akan berterusan.Oleh itu jangkaan pertama saya adalah harga semasa akan cuba untuk menyentuh dan melanggar paras 0.90040 yang diwakili oleh EMA200.Melanggar paras rintangan ini akan membawa harga semasa terus ke arah rintangan mingguan yang terletak diparas tertinggi september 2019 iaitu diparas 0.91386.Sebaliknya jika harga semasa gagal melangagr EMA200 maka harga semasa akan mengalami kejatuhan dan sasaran terdekat adalah pada paras 0.88363
SIGNAL HARI INI : -
PASANGAN : AUDCAD
ENTRY : BUY STOP @0.90040
SL : 0.88363
TP : 0.91386