AUDCAD: Berusaha mendekati rintangan 0.91492 - 13-12-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

AUDCADDaily.png

Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa di buka dalam keadaan Bullish yang kuat di mana kenaikan yang berlaku adalah sekitar 34pips. Namun, pada pembukaan sesi London sebentar tadi, kita dapat menyaksikan penurunan telah berlaku pada pasangan matawang ini. Harga semasa masih cuba untuk berusaha mendekati paras rintangan kukuh di paras 0.91492 yang sekarang ini di wakili oleh EMA200. Dari sudut trend, kekuatan Bullish masih menguasai pasaran ketika ini. Oleh itu, jangkaan awal kita adalah bahawa harga semasa akan cuba mendekati paras rintangan ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang seterusnya. Membuat pelanggaran terhadap rintangan ini akan memberi tenaga kepada pasangan matawang ini untuk meneruskan kenaikan dan mendekati sasaran rintangan seterusnya iaitu di paras 0.92328. Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar paras ini, harga semasa akan membuat penurunan dan mendekati paras sokongan terdekat di paras 0.90510.

Signal untuk hari ini

Buy stop @ 0.91492

Sl: 0.90510

Tp: 0.92328

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.