AUDCAD dalam proses mencari rintangan kukuh - 17-07-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUDCAD pada hari ini dilihat terus membuat kenaikan ke arah atas semenjak awal minggu ini. Pembukaan Candle pada hari ini di lihat terus membuat kenaikan dengan harga semasa sekarang ini didagangkan disekitar paras 0.94870. Oleh itu, hari ini kami menjangkakan kenaikan akan terus berlaku pada hari ini dengan sasaran awal adalah sehingga ke harga tertinggi semalam iaiu di paras rintangan 0.95426. Menembusi paras rintangan ini akan membuatkan harga semasa terus membuat kenaikan dan mencari harga tertinggi April 2019.
Signal untuk hari ini
Buy AUDCAD 0.94859
Sl: 0.94625
Tp: 0.95426