AUDCAD : meneruskan penurunan ke arah sokongan utama - 27-08-2019
Pasangan matawang AUDCAD untuk analisa hari ini menunjukakan penerusan penurunan sedang berlaku untuk pasangan matawang ini.Ketika artikel ini ditulis candle semasa telah pun membuat pelanggaran terhadap tahap sokongan terdekat diparas 0.89449.Ini memberikan pengesahan pergerakan kepada kita bahawa harga semasa akan terus membuat penurunan dan jangkaan sasaran kita adalah pada paras 0.89048.Tekanan telah pun diberikan oleh kesemua indikator MA yang sekarang ini berada diatas paras harga semasa dan menekan harga ke arah bawah.Indikator stochcastik pula mengekalkan kedudukannya dibawah zon oversold semenjak pagi tadi.Mengingatkan kepada anda bahawa selepas harga menyentuh paras sokongan yang disasarkan sila perhatikan pergerakan seterusnya.Jika harga melakukan pelanggaran maka harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah paras terendah mei 2010 iaitu diparas 0.86802.Sebaliknya kegagalan melanggar zon sokongan kukuh yang disebutkan akan menyebabkan harga semasa membuat kenaikan dan menguji kembali rintangan sedia ada iaitu diparas 0.89449
Untuk signal hari ini saya akan melakukan instant sell diparas 0.89449.Keuntungan boleh dicapai dikawasan 0.89048 dan kerugian yang boleh diminimakan diparas 0.89741
PASANGAN : AUDCAD
ENTRY : SELL NOW @0.89449
SL : 0.89741
TP : 0.89048