AUDCAD menuju paras rintangan utama - analisis - 28-03-2019
Pasangan AUDCAD hari ini dilihat telah melakukan pull-back dari sokongan terdekat diparas 0.94932 yang mana buat masa sekarang diwakili oleh EMA50.Kenaikan yang berlaku ini dilihat untuk kembali menguji rintangan terdekat yang masih belum berjaya dilanggar iaitu diparas 0.95523 dan 0.95643.Mengingatkan anda bahawa melanggar paras ini akan membawa harga untuk meneruskan trend kenaikan harga ke arah rintangan utama di daily diparas 0.96096.Sebaliknya kegagalan melanggar paras rintangan terdekat ini akan kembali membawa harga menguji sokongan 0.94932 dan melanggarnya akan membawa harga menguji dua sokongan terdekat yang masing-masing diwakili oleh EMA100 dan EMA200 di paras 0.94671 dan 0.94410.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.94932 dan rintangan 0.95643
trend : bullish