AUDCHF : Ditekan oleh indikator ema - 20-11-2019
Analisa hari ini menunjukkan kepada kita bahawa harga semasa sekarang ini di tekan oleh indikator EMA yang sekarang ini membentuk rintangan kukuh terhadap harga semasa. Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa sekarang ini sudah pun membuat penurunan dan cuba meneruskan trend bearish yang berlaku sejak awal November lalu. Oleh itu kenaikan sementara yang di buat telah pun lengkap dan kita akan menjangkakan penurunan seterusnya akan berlaku. Jika anda lihat pada carta sekarang ini, harga semasa perlu melanggar paras sokongan terdekat di paras 0.67430 terlebih dahulu untuk mengesahkan penurunan pada hari ini. Membuat pelanggaran pada paras tersebut akan membuatkan harga semasa turun ke arah sokongan kukuh di paras 0.66948
Signal hari ini
Sell stop 0.67430
Sl : 0.67649
Tp : 0.66948