AUDCHF : menurun akibat kelemahan AUD - 01-10-2019
Pasangan matawang AUDCHF menurun sebanyak 52pips setelah pengumuman pemotongan kadar sebanyak 25 mata oleh RBA pada jam 12:30 tengahari waktu malaysia.akibat daripada pengumuman ini kenaikan sementara telah pun berlaku sebelum seterusnya membuat terjunan dan melanggar kesemua indikator EMA yang membentuk sokongan sebelum ini.Ini menandakan penurunan kemungkinan berlaku untuk hari ini untuk pasangan matawang ini.Jangkaan awal saya adalah harga semasa akan cuba untuk ke arah sokongan kukuh harian yang berada pada paras 0.66853.Tekanan yang diberikan kepada pasangan matawang ini adalah sah dan membolehkan kita memberi jangkaan penurunan hari ini.Namun begitu,saya akan menunggu candle H1 baru yang akan dibuka pada jam 2:00pm waktu malaysia untuk mengesahkan penurunan ini.
Untuk signal hari ini saya akan meletakkan sell dan mensasarkan keuntungan diparas 0.66583.Manakala kerugian minimum berada pada paras 0.67426
PASANGAN : AUDCHF
ENTRY : SELL
SL : 0.67426
TP : 0.66885