AUDJPY dijangka membuat gelombang penurunan semula - 13-10-2020
berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUDJPY pada hari ini di lihat terus membuat kenaikan selepas gagal untuk cuba menembusi paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 75.494. Namun, kami melihat kenaikan pada hari ini juga tersekat diantara rintangan di paras 75.782 yang sekarang ini di wakili oleh EMA200 yang menjadikan rintangan ini sangat kukuh. Melihat kepada trend semasa yang masih lagi dalam keadaan Bearish, kami meletakkan jangkaan bahawa penurunan mungkin akan berlaku lagi pada hari ini. Jika harga semasa tidak berjaya menembusi paras rintangan EMA200 ini, maka harga semasa akan cuba membuat penurunan kembali dengan sasaran utama kami pada hari ini adalah sehingga ke paras sokongan 75.494.
Signal untuk hari ini
SELL LIMIT 75.782
SL: 76.073
TP: 75.494