AUDJPY gagal tembusi harga tertinggi April 2019 - 13-01-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUDJPY pada hari ini di lihat sedang melakukan penurunan ke arah bawah selepas sebelum ini harga semasa gagal untuk menembusi paras rintangan kukuh tahunan yang mewakili harga tertinggi April 2019. Ini mengakibatkan penurunan telah berlaku. Walaupun trend semasa masih kelihatan didominasi oleh Bullish yang kuat, namun kegagalan menembusi garis rintangan 80.789 ini memberi kita petunjuk bahawa ada kemungkinan harga semasa akan membuat penurunan ke arah bawah. Oleh itu, jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan 80.015 yang di wakili oleh EMA50, maka harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah bawah dan akan cuba mensasarkan paras sokongan kukuh 78.723 sebagai kawasan keuntungan.
SIGNAL
SELL STOP 80.015
TP: 78.723
SL: 80.789