AUDJPY kembali turun, jangkaan perubahan trend - 26-11-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUDJPY pada hari ini di lihat telah mencapai tahap tertinggi dalam trend mingguannya dengan menguji paras rintangan kukuh mingguan yang berada di paras 76.962. Kami mendapati paras rintangan ini sangat kukuh dengan melihat sejarah kegagalan Candle untuk menembusi paras harga ini. Oleh itu, dengan keadaan seperti ini, kami yakin bahawa trend semasa di jangka akan membuat perubahan ke arah yang lebih Bearish. Jadi kami akan mensasarkan paras sokongan kukuh yang lebih utama terlebih dahulu iaitu di kawasan pengumpulan EMA iaitu di paras 75.507.
SIGNAL
SELL AUDJPY 76.755
TP: 75.507
SL: 76.962