AUDNZD cuba melanggar rintangan kukuh - 07-08-2019
Pasangan matawang AUDNZD untuk analisa hari ini menunjukkan kenaikan sebanyak 140 pip.Harga semasa berjaya melanggar trendline yang telah ditandakan seperti didalam carta.Buat masa sekarang indikator MA menyokong kenaikan yang telah berlaku tetapi harga semasa buat masa sekarang ini dilihat masih lagi gagal untuk melanggar zon rintangan kukuh yang berada pada paras 1.04781.Mengingatkan keapda anda bahawa,jika harga semasa tidak berjaya melanggar paras rintangan ini,maka saya akan mensasarkan penurunan akan berlaku dan akan mencari paras sokongan terdekat diparas 1.03998 sebagai kawasan sokongan saya yang buat masa sekarang ini diwakili oleh EMA200.Sebaliknya jika harga semasa berjaya melanggar paras rintangan ini,maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan akan cuba mendekati paras rintangant erdekat diparas 1.05362 sebagai sasaran utamanya untuk hari ini.
Untuk signal hari ini saya akan cuba meletakkan order sell limit diparas 1.04781 dan akan cuba mensasarkan sokongan diparas 1.03998 sebagai zon keuntungan saya manakala paras 1.05362 sebagai paras kerugian saya
PASANGAN : AUDNZD
ENTRY : SELL LIMIT @1.04781
SL : 1.05362
TP : 1.03998