AUDNZD : Menyentuh EMA200 harian - 14-11-2019
Pemerhatian pada hari ini, harga semasa sudah pun melengkapkan penurunan sehingga ke arah sokongan utama harian iaitu di paras 1.06248. Paras ini adalah paras sokongan yang di wakili oleh indikator EMA200. Dalam jangka masa empat jam kita dapat lihat bahawa masa ini harga semasa di lihat sedang melakukan kenaikan selepas gagal membuat pelanggaran terhadap paras sokongan utama harian ini. Dari sudut sentimen pula, kita dapat lihat bahawa harga semasa masih lagi di tekan oleh tekanan bearish yang kuat buat masa sekarang ini. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa kenaikan sementara mungkin berlaku untuk menguji paras rintangan terdekat iaitu di paras 1.06661 sebelum harga semasa meneruskan penurunan sehingga ke arah sokongan seterusnya di paras 1.05803.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.06248
SL: 1.06661
TP : 1.05803