AUDNZD : rintangan 1.07808 sangat susah ditembusi - 17-10-2019
Pasangan matawang AUDNZD untuk analisa hari ini menunjukkan kegagalan melanggar paras rintangan kukuh diparas 1.07808.Jika dilihat pada carta,anda dapat saksikan bahawa harga semasa gagal melanggar paras ini semenjak semalam lagi.Oleh itu,saya menjangkakan penurunan boleh berlaku untuk hari ini.Saya melihat bahawa indikator stochcastik juga dalam proses melengkapkan kemasukan ke dalam zon overbought yang menandakan penurunan akan berlaku.Oleh itu,saya akan mensasarkan penurunan untuk hari ini dengan sasaran utamanya berada pada paras sokongan kukuh diparas 1.07333 iaitu paras sokongan yang diwakili oleh EMA50 sekarang ini.Untuk menantikan lebih pengesahan,saya mencadangkan anda menunggu sehingga candle H4 yang baru terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.Namun begitu,trend masih lagi dikuasai oleh pasaran bullish yang jelas buat masa sekarang ini.Oleh itu,penurunan yang dicadangkan untuk hari ini dianggap sementara.
SIGNAL HARI INI
SELL AUDNZD
SL : 1.08036
TP : 1.07333