AUDNZD : Telah melanggar zon rintangan kukuh mingguan - 06-11-2019
Pasangan matawang AUDNZD untuk analisa hari ini menunjukkan bahawa harga semasa telah menyentuh dan melanggar paras pertama zon rintangan mingguan iaitu diparas 1.08136.Sekarang ini jika dilihat kepada momentum pasaran,kita dapati bahawa momentum bullish sedang menguasai pasaran buat masa sekarang ini.Kenaikan untuk hari ini disokong pula apabila harga semasa berada diatas paras indikator EMA yang sekarang ini sedang menolak harga ke arah atas.Oleh itu untuk mengesahkan kenaikan selanjutnya,harga semasa perlu melanggar paras rintangan kukuh iaitu diparas 1.08362.Melanggar paras ini akan mengesahkan kenaikan yang berlaku dan akan cuba untuk mensasarkan rintangan bulanan iaitu diparas 1.09677.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar paras ini,maka harga semasa akan membuat kejatuhan dan akan cuba untuk menguji kembali zon rintangan minggguan yang berada diparas 1.07190
signal hari ini
buy stop 1.08362
sl : 1.08136
tp : 1.09677