AUDUSD berpotensi menembusi sokongan harian - 29-01-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUDUSD pada hari ini di lihat kembali membuat penurunan selepas di tekan kuat oleh dua indikator EMA iaitu EMA50 dan EMA100. Sebelum ini harga semasa kembali membuat kenaikan dan membentuk sokongan baru di daerah 0.76069. Harga semasa di jangka akan meneruskan penurunan harian ke arah harga yang lebih rendah hari ini. Oleh itu, kami meletakkan penanda aras di paras 0.76069 sebagai kawasan sokongan kami. Menembusi paras sokongan ini akan memberi tenaga untuk harga semasa membuat lanjutan ke arah bawah dengan sasaran terdekatnya akan berada di paras 0.75583.
SIGNAL
SELL STOP 0.76069
TP: 0.75583
SL: 0.76441