AUDUSD cuba membuat penurunan selepas menutup GAP hari ini
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada pasangan matawang AUDUSD pada hari ini di lihat membuat pembukaan Candle minggu ini dengan GAP ke arah bawah dan menyentuh sokongan kukuh minggu lepas iaitu di paras 0.77032. Harga semasa sekarang ini memberi petunjuk awal untuk kembali menguji zon sokongan ini namun masih lagi bergerak dengan agak perlahan buat masa sekarang. Untuk mengesahkan penurunan pada minggu ini, harga semasa perlu membuat penembusan ke arah sokongan 0.77032 ini. Menembusi paras sokongan ini akan membuatkan harga semasa terus membuat junaman ke arah harga terendah sekitar 8 Mac 2021 iaitu di paras 0.76248.
SIGNAL
SELL STOP 0.77032
TP: 0.76248
SL: 0.77540