AUDUSD : mengukuh menjelang pengumuman kadar

Baca artikel ini di laman web FBS

AUDUSDH1.png

Pasangan matawang AUDUSD untuk analisa hari ini dilihat agak mengukuh menjelang pengumuman kadar oleh RBA pada jam 12:30PM GMT+8.dari sudut teknikal kita dapat menyaksikan bahawa harga semasa telah pun melanggar paras trendline yang telah ditandakan dan ini menandakan kenaikan mungkin berlaku untuk hari ini.Buat masa sekarang ini kita dapat lihat bahawa penurunan sedang berlaku.Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa melanggar paras sokongan saya diparas 0.67785 maka saya akan menjangkakan penurunan dan akan membatalkan analisa ini.Pelanggaran pada paras sokongan ini akan membawa harga mencari sokongan terdekat diparas harga terendah hari ini iaitu diparas 0.67509.Sebaliknya jika harga gagal melanggar paras sokongan ini,maka harga akan membuat kenaikan menjelang berita yang akan berlangsung sebentar lagi.Jangkaan kita adalah untuk harga naik ke arah atas dan mencari paras rintangan diparas 0.68131

Untuk signal hari ini saya akan meletakkan buy limit saya diparas 0.67785 atau buy stop diparas 0.67861.Saya akan mengambil keuntungan diparas 0.68131 dan mengambil kerugian diparas 0.67509

PASANGAN : AUDUSD

ENTRY : BUY LIMIT @0.67785 / BUY STOP @0.67861

SL : 0.67509

TP : 0.68131

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.