AUDUSD : Menunggu penurunan semula di trendline - 21-11-2019
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa sekarang ini berada di dalam pergerakan yang agak terhad untuk membuat kenaikan dan cuma bergerak di bawah paras rintangan kukuh di paras 0.68021. Dilihat pada indikator EMA, kita dapat jangkakan bahawa tekanan bearish masih lagi menguasai pasaran buat masa sekarang ini. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa harga semasa sekarang ini akan membuat kenaikan ke arah rintangan kukuh 0.68021 terlebih dahulu sebelum membuat penurunan ke arah bawah. Menyentuh rintangan ini dan gagal membuat pelanggaran akan menyebabkan harga semasa membuat penurunan dan sasaran awal kita adalah pada paras sokongan kukuh di paras 0.67731.
Signal hari ini
Sell limit 0.68021
Sl : 0.68211
Tp : 0.67731