AUDUSD menyentuh harga tertinggi Ogos 2018 - 04-12-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUDUSD pada hari ini di lihat telah berjaya menyentuh harga tertinggi 2 tahun berturut-turut iaitu pada paras tertinggi Ogos 2018. Ini memberi gambaran awal kepada kita bahawa harga semasa berkemungkinan akan cuba membuat penurunan untuk bulan ini. Harga semasa sebelum ini di lihat gagal untuk menembusi paras rintangan kukuh tahunan ini lalu membuat penurunan. Harga semasa sekarang ini di dagangkan disekitar paras 0.74263 dan di jangka terus melakukan kejatuhan ke arah bawah. Oleh itu, kami akan cuba mensasarkan kejatuhan untuk pasangan ini. Sasaran utama kami adalah sehingga ke paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 0.72762.
SIGNAL
SELL AUDUSD 0.74264
TP: 0.72762
SL: 0.75034