AUDUSD : Menyentuh sokongan mingguan - 17-09-2019
Pasangan matawang AUDUSD untuk analisa hari ini menunjukkan kepada kita bahawa harga semasa telah pun menyentuh paras sokongan mingguan diparas 0.68339.Ini bakal memberi petunjuk kepada pergerakan seterusnya pasangan matawang ini.Dari segi trend kita masih melihat bahawa trend masih kekal dalam keadaan bearish yang jelas dimana penurunan hari ini disokong oleh kesemua indikator EMA yang sedang berada diatas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.Sebaliknya jika dilihat melalui stochcastik,ia memberikan petunjuk kepada kita kemungkinan harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan mencari rintangan kukuh terdekat.Mengingatkan kepada anda bahawa,melanggar paras sokongan mingguan ini akan menyebabkan harga semasa meneruskan penurunan ke arah sokongan seterusnya yang berada diparas 0.68087.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar sokongan yang telah disentuh ini maka harga semasa akan membuat kenaikan dan akan cuba mencari paras rintangan kukuh diparas 0.68611
Untuk signal hari ini saya akan meletakkan buy dan akan cuba mensasarkan paras rintangan diparas 0.68611 sebagai keuntungan manakala paras 0.68087 sebagai kawasan kerugian saya
PASANGAN : AUDUSD
ENTRY : BUY
SL : 0.68087
TP : 0.68611