AUDUSD : Penerusan trend menurun dijangka untuk hari ini - 15-11-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

AUDUSDDaily.png

Pemerhatian pada hari ini menunjukkan bahawa harga semasa sudah pun berjaya melanggar paras trendline yang telah di tandakan pada jangka masa harian. Pembukaan candle harian pada hari ini pula di buka dalam keadaan bullish. Namun begitu harga semasa masih di dominasi oleh trend bearish yang jelas. Penurunan hari ini di sokong oleh indikator EMA yang sekarang ini berada di atas paras harga semasa dan membuat penolakan ke arah bawah. Jadi untuk hari ini, saya menjangkakan penerusan trend menurun akan berlaku dan sasaran awal kita adalah untuk harga semasa terlebih dahulu membuat kenaikan dan menguji kembali paras rintangan kukuh di paras 0.68150. Membuat sentuhan di paras rintangan ini dan gagal membuat pelanggaran akan memberikan pengesahan kepada jangkaan penurunan kita dan sasaran kita adalah pada paras sokongan kukuh di paras 0.67029

Signal hari ini

Sell limit 0.68150

Sl : 0.68376

Tp : 0.67029

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.