AUDUSD: Pergerakan terhad di bawah EMA - 11-12-2019
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa sekarang ini cuba untuk membuat kenaikan namun bergerak terhad di bawah rintangan-rintangan yang di wakili oleh kesemua indikator EMA. Jika di lihat dari sudut trend, saya dapat rumuskan bahawa trend masih lagi dalam keadaan bearish yang jelas buat masa sekarang ini. Jangkaan awal saya adalah harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan akan cuba melanggar kesemua indikator ema dan menyentuh rintangan kukuh di paras 0.68329. Menyentuh dan gagal membuat pelanggaran terhadap rintangan ini akan memberi tenaga kepada harga semasa untuk kembali meneruskan penurunan. Sasaran penurunan untuk hari ini adalah pada paras sokongan terdekat di paras 0.67997.
Signal untuk hari ini
Sell limit 0.68329
Sl: 0.68497
Tp: 0.67997