AUDUSD: Perubahan trend ke arah Bearish sedang berlaku - 02-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa di buka pada hari ini dalam keadaan gap ke arah atas, namun terus membuat penurunan semula dan menutup dan membuat pelanggaran terhadap gap yang telah di buat pada pagi tadi. Harga semasa sekarang ini telah pun membuat pelanggaran terhadap EMA50 yang menjadi sokongan kukuh sebelum ini disekitar paras 0.70010. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini menandakan penurunan akan terus berlaku untuk sesi Eropah. Oleh itu, jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa membuat penurunan ke arah sokongan kukuh seterusnya yang terletak di paras 0.69821 yang buat masa sekarang ini di wakili oleh EMA100. Melanggar paras EMA100 ini pula akan membawa harga ke arah maksimum penurunan harian iaitu di paras 0.69506 iaitu paras yang di wakili oleh EMA200.
Signal untuk hari ini
Sell AUD/USD 0.69983
Sl: 0.70293
Tp: 0.69506