AUDUSD: telah melengkapkan sentuhan di rintangan utama - 24-12-2019
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada hari ini sudah melengkapkan sentuhan terhadap paras rintangan kukuh utama iaitu di sekitar paras 0.69238. Ini memberikan tanda-tanda bahawa penurunan bakal berlaku bermula hari ini. Di lihat pada carta, saya yakin bahawa harga semasa sedang membuat corak "double top" dan ini memberi peluang kepada kita untuk menjangkakan penurunan untuk hari ini. Oleh itu, saya menjangkakan penurunan akan berlaku untuk hari ini dan kita akan mensasarkan paras sokongan kukuh utama mingguan yang terletak pada paras 0.68592. Walaupun EMA sekarang ini masih lagi di bawah paras harga semasa, namun penurunan sementara dapat di cadangkan sehingga ke paras sokongan yang disebutkan.
Signal untuk hari ini
Sell AUDUSD 0.69164
Sl: 0.69378
Tp: 0.68592