AUDUSD tersekat diantara garis EMA50 - 13-11-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUDUSD pada hari ini di lihat sedang melakukan penurunan ke arah bawah dan telah berjaya melepasi garis sokongan kukuh di paras 0.72315. Namun begitu, Candle baru menunjukkan kenaikan kembali dan cuba menguji zon rintangan ini. Jika di lihat pada trend jangka masa panjang, kami masih yakin bahawa trend Bullish masih lagi menguasai pasaran. Namun begitu, perubahan trend sementara ini boleh bertahan sehingga ke penutup pasaran minggu ini. Oleh itu kami menjangkakan kejatuhan akan berlaku sehingga ke paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 0.71712 yang di wakili oleh EMA200.
SIGNAL
SELL AUDUSD 0.72306
TP: 0.71712
SL: 0.73076