AUDUSD tertekan di bawah EMA, jangkaan penurunan akan terus berlaku
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUDUSD pada hari ini di lihat bergerak tenang di bawah indikator EMA yang terkumpul di paras rintangan 0.77445. Melihat kepada trend semasa, kami yakin bahawa harga semasa akan cuba untuk membuat penurunan ke arah bawah dan mencari kembali sokongan terdekat. Namun, untuk mengesahkan analisa pada hari ini, harga semasa perlu membuat penembusan di salah satu sokongan terdekat terlebih dahulu iaitu di paras 0.77189. Menembusi paras sokongan ini akan memberi tenaga kepada harga semasa untuk membuat penurunan ke arah bawah. Sasaran keuntungan kami adalah sehingga ke paras 0.76773.
SIGNAL
SELL STOP 0.77189
TP: 0.76773
SL: 0.77445