Bank Kanada menjangkakan kadar faedah lebih tinggi dari semasa ke semasa

Baca artikel ini di laman web FBS

Bank Kanda telah membiarkan monetari tidak diusik dalam mesyuarat Disember 2017. Dalam masa yang sama, regulator tersebut memungkinkan kenaikan kadar pada awal 2018.

Gabenor Bank Kanada, Stephen Poloz, telah memberikan komen yang hawkish di dalam ucapannya baru-baru ini. Menurut beliau, pertumbuhan dilihat akan berterus mengatasi potensi, mendatangkan risiko kenaikan (upside risk) kepada unjuran inflasi. Beliau juga telah menggambarkan polisi monetari semasa sebagai "agak stimulatif". Komen-komen sebegini menginspirasikan jangkaan bahawa pengetatan dasar monetari seterusnya akan menjelma tidak lama lagi di Kanada. Kebarangkalian kenaikan kadar pada bulan Januari pada waktu ini diramalkan 35%.

Menurut Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kadar pertumbuhan Kanada akan mengatasi negara-negara demokrasi industri G7 tahun ini sebanyak 3% sebelum menggelincir kepada 2.1% pada 2018. Ekonomi negara tersebut telah dirangsang oleh pasaran perumahan yang kian panas dan peningkatan hutang isi rumah. Ia tampak seperti mempunyai beberapa asas yang kukuh; permintaan domestik yang kuat, aktiviti domestik yang semakin baik dan kadar guna tenaga yang tinggi.

Inflasi Kanada kekal di bawah aras sasaran. Namun Bank Kanada tampak seperti berfikir bahawa semua ini boleh dijelaskan dengan impak faktor-faktor sementara, seperti lebihan kapasiti yang beterusan di dalam ekonomi. Bila harga tenaga meningkat, inflasi akan mula ikut meningkat juga.  

Tetapi dinamik ekonomi masa hadapan bukanlah tanpa risko. Hutang isi rumah mencapai 171.1% dari pendapatan pada suku ketiga. Risiko paling utama adalah kebarangkalian penamatan Perjanjian Perdagangan Amerika Utara (NAFTA). Amerika Syarikat telah mengancam untuk menarik diri melainkan jika Kanada dan Mexico setuju dengan konsesi yang besar. Jika ini berlaku, dolar Kanada akan teruk menderita, kerana 75% eksport Kanada adalah ke Amerika Syarikat. Sebagai tambahan, peraturan pinjaman perumahan akan mula efektif pada Januari dan reaksi pasaran masih belum lagi terlihat bagi dua kenaikan kadar pada 2017.

“Memandangkan faktor-faktor luar biasa yang ada, bank sedang memantau risiko-risiko ini sepanjang masa – pendekatan yang kami gunakan untuk ini bergantung kepada data – berbanding dengan mengambil pendekatan mekanikal dalam menentukan dasar,” kata Poloz.

Ia adalah tahun yang meruwap bagi USD/CAD. Pasangan ini pada mulanya menguat menghampiri 1.3800 pada April, tetapi kemudian jatuh sehingga 1.2060 pada September. Pada bulan-bulan terakhir 2017, dolar Kanada sekali lagi melemah, jadi USD/CAD mampu meningkat kepada 1.2800.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.