CADCHF sudah kepenatan, jangkaan membuat penurunan hari ini - 16-02-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang CADCHF pada hari ini di lihat sedang membuat kenaikan kembali selepas sebelum ini gagal untuk menembusi paras rintangan 0.70575 seperti yang anda lihat di dalam carta. Harga semasa berjaya membuat penurunan sehingga ke paras 0.69975 sebelum membuat kenaikan kembali. Memandangkan trend semasa yang dijangka sudah kepenatan mengekalkan trend Bullish mingguan, kami menjangkakan kemungkinan harga semasa akan membuat penurunan ke arah bawah semula selepas menguji kembali paras rintangan yang telah di sebutkan tadi. Jika ini berlaku, harga semasa akan membuat penurunan kembali ke arah sokongan kukuh terdekat iaitu di paras 0.69975.
SIGNAL
SELL LIMIT 0.70575
TP: 0.69975
SL: 0.70692