CADJPY membuat gelombang kedua kenaikan, penurunan sangat terhad
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang CADJPY pada hari ini di lihat terus membuat pendakian ke arah rintangan seterusnya. Trend semasa yang masih lagi menunjukkan kekuatan pasaran masih tertumpu ke arah Bullish memberikan petunjuk dan sokongan kepada kita untuk terus menyasarkan kenaikan seterusnya akan berlaku. Oleh itu, jika harga semasa berjaya menembusi paras rintangan kukuh harian yang berada di paras 85.018, maka harga semasa akan terus membuat kenaikan ke arah atas dengan menyasarkan rintangan mingguan seterusnya yang berada di paras 86.066.
SIGNAL
BUY STOP 85.018
TP: 86.066
SL: 83.572