CADJPY membuat penurunan sebelum gelombang kenaikan berlaku - 25-08-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang CADJPY pada hari ini di lihat membuat penurunan sedikit selepas melakukan kenaikan semenjak pembukaan Candle pada sesi Asia pagi tadi. Namun penurunan yang berlaku sekarang memberi sedikit rasa risau kepada pedagang yang sedang membuat "BUY". Pada pengamatan kami, penurunan ini cuma sebuah pembetulan sahaja sebelum harga semasa membuat gelombang kenaikan kembali. Oleh itu, kami menjangka penurunan yang akan berlaku hanyalah sehingga ke paras sokongan kukuh di paras 79.106. Kegagalan membuat pelanggaran terhadap paras sokongan tersebut akan menyebabkan harga semasa membuat kenaikan ke arah atas. Sasaran utama kami adalah sehingga ke garis rintangan kukuh di paras 81.700.
Signal untuk hari ini
Buy limit 79.106
Sl: 77.640
Tp: 81.700