CADJPY : Mencari sokongan utama 82.020 - 07-11-2019
Pasangan matawang CADJPY untuk analisa hari ini menunjukkan bahawa harga semasa masih lagi mengekalkan kekuatan bearish dalam pergerakannya.Tekanan yang diberikan oleh EMA50 dan EMA100 keatas harga sekarang ini menunjukkan kemungkinan penerusan penurunan untuk hari ini dapat dicapai sehingga ke paras sokongan utama harian iaitu diparas 82.020.Jika dilihat pada stochcastik pula,anda dapat lihat bahawa ianya sedang dan masih membuat kemasukan dan kekal didalam zon 20-0 iaitu zon oversold menandakan masih ada momentum sell didalam harga buat masa sekarang ini.Namun begitu untuk mengesahkan penurunan untuk hari ini,harga semasa perlu lah melanggar paras sokongan kukuh yang berada diparas 82.349.Melanggar paras ini akan mengesahkan penurunan harga dan kita akan menjangkakan penurunan ke arah sokongan yang telah disebutkan tadi.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar paras sokongan terdekat ini,maka harga semasa akan cuba untuk naik ke arah atas dan akan memnguji paras rintangan diparas 82.518 yang mana buat masa sekarang ini diwakili oleh EMA100.
signal untuk hari ini
SELL STOP 82.349
SL : 82.518
TP : 82.020