CHFJPY dijangka sambung gelombang kenaikan - 04-12-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang CHFJPY di lihat terus melakukan kenaikan ke arah atas dengan trend mingguan menyokong pergerakannya pada hari terakhir minggu ini. Namun begitu, sebelum ini harga semasa gagal untuk menembusi paras rintangan kukuh yang berada di paras 117.291. Akibatnya, kita dapat melihat penurunan telah berlaku pada hari ini dengan kejatuhan adalah sehingga ke paras sokongan baru di paras 116.432. Namun begitu, kenaikan di lihat kembali berlaku dan nampak seperti harga semasa akan membuat gelombang kenaikan pada hari ini. Oleh itu, bagi mengesahkan kenaikan pada hari ini, kami akan cuba mensasarkan penembusan paras rintangan 116.859. Penembusan pada paras ini akan mendorong kenaikan berterusan berlaku dan kami akan mensasarkan rintangang kukuh di paras 117.291.
SIGNAL
BUY STOP 116.859
TP: 117.291
SL: 116.432