CHFJPY gagal menembusi rintangan tahunan- 28-08-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang CHFJPY di lihat kembali membuat penurunan. Ini selepas harga semasa di lihat gagal untuk menembusi paras rintangan tahunan yang berada di dalam zon 117.873-118.543. Paras rintangan ini adalah paras harga tertinggi pada 9 September 2018. Oleh itu, kami menjangkakan penurunan akan berlaku untuk hari ini. Walaupun trend semasa di lihat masih lagi berada di dalam keadaaan Bullish, namun penurunan pada hari ini akan memberikan penentuan sama ada harga semasa akan terus bertukar trend atau hanya membuat pembetulan harga semasa. Sasaran awal kami untuk hari ini adalah sehingga ke paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 115.221.
Signal untuk hari ini
Sell CHFJPY 117.265
Sl: 117.873
Tp: 115.221