CHFJPY membuat terjunan lanjutan - 25-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang CHFJPY di lihat terus melakukan penurunan ke arah bawah semenjak pembukaan mingguan pada Isnin lalu. Harga semasa pada bulan Julai lalu gagal untuk menembusi paras rintangan yang berada di paras 117.513. Oleh itu, penurunan di lihat terus berlaku dari situ sehingga lah ke paras dagangan sekarang iaitu di paras 113.669. Harga semasa di jangka akan terus melanjutkan penurunan pada hari ini di mana jangkaan awal kami adalah untuk harga semasa cuba menguji dan menembusi sokongan 113.321. Sokongan ini sekarang di wakili oleh indikator EMA200. Menembusi sokongan kukuh ini akan memberi tujahan baru buat harga semasa untuk mensasarkan harga terendah sekitar 24 Jun 2020 iaitu di paras 112.145.
Signal untuk minggu ini
Sell stop 113.321
Sl: 114.475
Tp: 112.145