Cubaan melanggar rintangan gagal - 11-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang AUD/JPY pada hari ini di lihat gagal untuk membuat pelanggaran terhadap paras rintangan yang berada di paras 70.062. Akibat dari kegagalan itu, sekarang ini kita lihat harga semasa sedang membuat pergerakan menurun. Namun begitu, kita masih tidak pasti sama ada pergerakan pada hari ini adalah secara menyeluruh atau sekadar penurunan sementara. Pembukaan minggu ini menunjukkan pergerakan yang agak perlahan untuk semua matawang. Oleh itu, kami meletakkan jangkaan penurunan untuk hari ini dengan sasaran umumnya terletak pada paras sokongan kukuh yang berada di paras 68.467.
Signal untuk hari ini
Sell AUDJPY 69.988
Sl: 71.281
Tp: 68.467