EMAS dalam kurungan - analisis 13-09-2018
Harga EMAS hari ini menunjukkan pantulan semula kearah bawa selepas melakukan kenaikan yang agak drastik semalam.Harga semasa hari ini berada pada tahap 1205.95 dan sedang membentuk candle bearish setelah candle sebelumnya menyentuh trendline yang telah ditandakan seperti didalam carta.Disokong oleh EMA200 yang menjadi rintangan terkuat dikawasan itu manakala EMA50 menjadi sokongan dibawah.Stokastik pula menunjukkan isyarat over-bought dan mungkin memberikan kita arah penurunan yang kukuh untuk EMAS hari ini dengan meletakkan sasaran pada harga 1192.87.Mengingatkkan anda bahawa harga akan terus naik sekiranya berlaku pelanggaran diatas trendline iaitu disekitar harga 1208.57.Jadi kami masih mencadangkan trend menurun untuk hari ini pada jangka masa empat jam.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1192.87 dan rintangan 1205.95
trend dijangka untuk hari ini : bearish