EMAS : Mencari rintangan terdekat sebelum terjunan seterusnya - 08-11-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

XAUUSDH4.png

Harga emas untuk analisa hari ini menunjukkan terjunan yang agak jelas pada khamis petang dengan keseluruhan penurunan sekitar 311 pip. Untuk hari ini saya melihat bahawa harga semasa mungkin akan membuat kenaikan awal terlebih dahulu dalam sesi asia dan jangkaan awal kita adalah sehingga ke paras rintangan terdekat iaitu yang berada di paras 1480.21. Menyentuh paras rintangan ini akan memberikan petunjuk awal kepada kita untuk melihat pergerakan seterusnya dari harga semasa. Menyentuh dan gagal untuk melanggar rintangan kukuh ini akan menyebabkan harga membuat penurunan ke arah bawah dan mensasarkan sokongan terdekat iaitu harga terendah semalam di paras 1462.32. Melanggar paras sokongan ini pula akan membawa harga semasa membuat penurunan seterusnya ke paras sokongan kukuh di paras 1447.05. Sebaliknya jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap rintangan 1480.21, maka harga semasa akan terus membuat kenaikan untuk hari ini sehingga ke paras rintangan tertinggi harian iaitu diparas 1514.36

Signal untuk hari ini

SELL LIMIT 1480.21

SL : 1514.36

TP : 1447.05

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.