Emas Turun, Pelabur Kembali Resah Menanti Keputusan Bank Pusat

Baca artikel ini di laman web FBS

Fed Sedia Gegar Pasaran Pada Malam Ini !!

Emas turun semasa sesi pagi pasaran Asia. Penurunan ini adalah yang terendah dalam tempoh seminggu. Niaga hadapan Emas turun kepada paras $1,914 per'auns.

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat pula merekodkan kenaikan kadar tertinggi dalam tempoh dua tahun. pelabur menjangkakan bank pusat akan maiankan kadar faedahnya untuk kali pertama dalam tempoh 3 tahun.

US dolar kekal didangangkan lebih kukuh berbanding kebanyakan matawang utama meskipun sedikit suram menjalang mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung pada awal pagi Khamis.

Sebelum mesyuarat FOMC, pelabur akan diperlihatkan dengan penerbitan data jualan runcit Amerika Syarikat terlebih dahulu yang dijangka akan menunjukkan pengurangan dalam perbelanjaan pengguna pada bulan Februari.

XAUUSDH1wwwwwww.png

Pasangan matawang ini dilihat berpotensi akan membuat penurunan sementara untuk menguji paras sokongan kukuh berada disekitar paras harga $1907-$1903, dan dijangka akan membuat kenaikan untuk mencari rintangan berada disekitar paras harga $1940-$1945.

Muhamad Risal Bin Jamal

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.