EUR/AUD ditekan oleh indikator EMA - 06-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/AUD di lihat sedang menguji paras sokongan kukuh harian yang berada disekitar paras 1.67904 namun masih lagi gagal untuk membuat pelanggaran. Namun begitu, harga semasa masih lagi kekal relevan untuk membuat penurunan pada hari ini. Jika di lihat pada trend, trend semasa masih lagi kekal membuat trend Bearish setakat sekarang ini. Oleh itu, kita akan mengekalkan fokus untuk membuat penurunan ke arah bawah. Harga semasa perlu membuat pelanggaran pada paras sokongan 1.67904 untuk mengesahkan lanjutan penurunan ke arah bawah. Pelanggaran ini akan menyebabkan harga semasa bergerak ke arah sokongan utama mingguan iaitu di paras 1.65420.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.67904
Sl: 1.69070
Tp: 1.65420