EUR/AUD masih berada dalam lingkungan "symmetrical triangle"
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/AUD pada hari ini menunjukkan pergerakan masih dalam keadaan yang agak tenang. Harga semasa masih lagi bergerak di dalam corak "symmetrical triangle" yang telah ditandakan seperti di dalam carta di atas. Corak ini memberitahu kita bahawa, harga semasa dalam keadaan tidak menentu. Oleh itu, kita akan bersikap neutral buat masa sekarang ini dengan menunggu sama ada harga semasa akan membuat kenaikan ke arah atas atau ke arah bawah. Jika harga semasa membuat pelanggaran ke arah atas, maka harga semasa akan membuat kenaikan dan mensasarkan paras rinatngan 1.79872 sebagai kawasan utama rintangan. Sebaliknya jika harga semasa membuat penurunan ke arah bawah, jangkaan kita adalah untuk harga semasa membuat penutupan gap ke arah paras 1.69421.