EUR/CAD masih mengekalkan trend mendatar - 20-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/CAD pada hari ini menunjukkan bahawa harga semasa masih mengekalkan trend mendatar/Sideway semenjak 12 Mei yang lalu. Harga semasa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk membuat kenaikan atau penurunan buat masa sekarang ini. Oleh itu, kita akan terus membuat pemerhatian pada matawang ini sehingga ada satu arah kukuh yang jelas untuk kita membuat dagangan. Jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap rintangan 1.52729, maka harga semasa akan membuat kenaikan dan mensasarkan rintangan kukuh mingguan di paras 1.53960. Sebaliknya jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap sokongan 1.51703, maka harga semasa akan mencari sokongan kukuh terdekat di paras 1.50830.