EUR/GBP dalam usaha melanggar rintangan kukuh 0.89989 - 15-06-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/GBP pada hari ini di lihat sedang berusaha menguji rintangan 0.89989 yang menjadi rintangan kukuh mingguan dan masih belum dilanggar semenjak bulan Mei yang lalu. Jika kita lihat pada minggu lepas, trend pergerakan bagi pasangan matawang ini membuat pergerakan Bullish selepas gagal membuat pelanggaran terhadap zon sokongan yang telah ditandakan iaitu di paras 0.88723. Oleh itu, kami menjangkakan pada minggu ini, kemungkinan harga semasa akan membuat kenaikan namun perlu menembusi zon rintangan kukuh ini dahulu. Pelanggaran rintangan ini akan membantu kita melihat hala tuju pasaran yang berkemungkinan akan terus menaik sehingga ke paras rintangan utama di paras 0.90428.
Signal untuk hari ini
Buy stop 0.89989
Sl: 0.89599
Tp: 0.90428