EUR/JPY melanggar rintangan harian - 19-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/JPY pada hari ini menunjukkan kekuatan Bullishnya. Harga semasa telah berjaya membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh yang berada di paras 117.313. Ini menandakan bahawa lanjutan kenaikan akan berlaku pada hari ini dan akan mencari harga tertinggi yang seterusnya. Jika di lihat pada keadaan trend semasa, kita masih boleh mencadangkan bahawa trend Bullish masih kekal relevan buat masa sekarang ini. Oleh itu, jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa membuat kenaikan terus ke arah rintangan kukuh harian yang seterusnya yang berada di sekitar paras 118.873. Ini adalah antara harga tertinggi pada April 2020.
Signal untuk hari ini
Buy EUR/JPY 117.514
Sl: 116.753
Tp: 118.873