EUR/USD dalam tekanan Bearish berterusan - 25-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/USD melihatkan pergerakan pasif namun masih lagi mengekalkan momentum bearish yang ditunjukkannya semenjak khamis lepas. Jika di lihat dari struktur pergerakan jangka masa panjang, kita dapat merumuskan bahawa harga semasa masih lagi bergerak secara pasif atau mendatar buat masa sekarang ini. Namun, bagi anda yang memilih untuk dagangan jangka masa pendek, momentum Bearish yang masih ditunjukkan dapat memberi peluang untuk anda memasuki pasaran. Harga semasa sekarang ini didagangkan disekitar paras 1.08825 dan masih lagi mengekalkan momentum Bearish. Oleh itu, kami menjangkakan penurunan lanjut akan terus berlaku pada minggu ini dengan sasaran awalnya berada pada paras sokongan kukuh mingguan yang berada disekitar paras 1.07762. Zon sokongan ini masih belum dicerobohi oleh harga semasa buat masa sekarang ini.
Signal untuk hari ini
Sell EUR/USD 1.08825
SL: 1.10715
TP: 1.07762