EUR/USD gagal menembusi zon rintangan EMA - 01-07-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURUSD pada hari ini dilihat masih lagi mengekalkan momentum Bearish yang telah ditunjukkan semenjak awal minggu lepas lagi. Jika di lihat pada pergerakan harga semasa, kita mendapati bahawa harga semasa sekarang ini masih lagi gagal untuk menembusi paras rintangan kukuh yang diwakili oleh sekumpulan indikator EMA yang menahan rintangan 1.12447. Oleh itu, kami melihat tindakan ini akan menyebabkan harga semasa akan terus untuk melakukan penurunan ke arah bawah pada hari ini. Jangkaan atau sasaran awal kami adalah sehingga ke paras sokongan kukuh 1.11928. Zon sokongan ini sekarang ini mempunyai peluang yang tinggi untuk diuji oleh harga semasa.
Signal untuk hari ini
Sell EURUSD 1.12268
Sl: 1.12447
Tp: 1.11928